Pempengaruh tampil dengan tatu dekat tangan, kongsi ia sebahagian perjalanan hidup

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen selepas tampil dengan tatu baharu pada bahagian tangan menerusi video yang dimuat naik di media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, tatu yang kelihatan masih baharu dan kemerahan itu mengundang pelbagai reaksi, termasuk kebimbangan orang ramai terhadap keadaan emosi individu berkenaan.

Katanya, tatu yang dipaparkan adalah asli dan dibuat olehnya sendiri, bukannya hasil teknologi AI atau suntingan digital.

“Video ini bukan AI, apa yang korang nampak semuanya betul. Benda di tangan aku ini memang real dan ia adalah sebahagian daripada perjalanan hidup aku,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna meluahkan rasa simpati dan memberikan kata-kata sokongan kepada pempengaruh tersebut.

“Sabar je, hidup memang penat. Ramai orang pandai menilai, tapi tak ramai nak bantu. Kalau kau perlukan seseorang untuk bercerita roger je” kata seorang pengguna.

Dalam masa sama, ramai pengguna menyeru orang ramai agar tidak memandang ringan situasi tersebut, sebaliknya memberikan sokongan moral dan membantu sekiranya pempengaruh berkenaan memerlukan pertolongan. -MYBERITA

BACA JUGA:  Tepung pelita, warisan manisan Melayu yang kekal popular
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...