Sabtu | 10/10/2026 | 7:14:59 am
HomePendidikanUSM HT tumbangkan tuan rumah UTeM Naga, rangkul kejuaraan hoki 9s tertutup...

USM HT tumbangkan tuan rumah UTeM Naga, rangkul kejuaraan hoki 9s tertutup IPT 2026

MELAKA – Pasukan hoki Universiti Sains Malaysia (USM HT) membuktikan kombinasi pemain baharu bukan penghalang untuk mencipta kejayaan apabila muncul juara Kejohanan Hoki 9s Tertutup IPTA/S UTeM 2026 selepas menewaskan UTeM Naga Hockey FC 3-1 pada aksi final di Turf Hoki Pusat Sukan UTeM, Melaka, di sini, pada Ahad.

Kemenangan itu menyaksikan USM HT muncul juara kejohanan, manakala tuan rumah UTeM Naga Hockey FC menamatkan saingan sebagai naib juara, sementara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meraih tempat ketiga keseluruhan.

Lebih manis, USM HT turut membawa pulang anugerah Pemain Terbaik kejohanan sekali gus melengkapkan perjalanan cemerlang mereka sepanjang tiga hari pertandingan berlangsung.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 10 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|