Anak bawa ibu bapa buta dari KL ke Penang demi nasi kandar curi perhatian

KUALA LUMPUR – Pengorbanan seorang anak yang sanggup membawa kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan menempuh perjalanan sejauh kira-kira 357 kilometer semata-mata untuk menikmati nasi kandar di George Town menyentuh hati ramai.

Kisah tersebut dikongsikan oleh premis terkenal, Nasi Kandar Sulaiman (NKS) menerusi hantaran di Facebook semalam.

Menurut perkongsian itu, keluarga berkenaan datang dari Kuala Lumpur dan kunjungan tersebut bukanlah yang pertama. Mereka sebelum ini pernah hadir pada tahun lalu untuk menikmati hidangan yang sama.

“Mak dan bapa merupakan OKU penglihatan iaitu buta. Anak mereka yang bawa datang ke sini. Tahun lepas mereka datang dan ketika itu kami belanja menggunakan duit sumbangan para penderma.

“Tahun ini, selepas hampir setahun, mereka datang lagi. Kali ini pun kami belanja mereka dan mereka tidak tahu sehingga waktu hendak membuat bayaran,” menurut hantaran tersebut.

Tambahnya, reaksi pasangan warga emas itu jelas menggambarkan kegembiraan apabila dimaklumkan makanan mereka ditaja.

Apa yang lebih menyentuh hati, menurut pemilik premis, adalah sikap anak mereka yang menjaga kedua ibu bapanya dengan penuh kasih sayang tanpa sedikit pun menunjukkan rasa malu atau terbeban.

“Walaupun keadaan sangat sibuk dengan pelanggan lain, anak ini tetap melayan ibu bapanya dengan senyuman. Tidak langsung menunjukkan rasa marah atau mengeluh.

“Hakikatnya, menjaga ibu bapa dalam keadaan sebegini bukan mudah, ia satu cabaran besar. Namun dia lakukan dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Perkongsian itu turut mengingatkan orang ramai agar menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada, tanpa mengira keadaan fizikal atau kesihatan.

“Zaman sekarang ada yang malu untuk keluar bersama ibu bapa yang tua atau sakit, tetapi lihatlah contoh ini. Dia bangga dan menghargai ibu bapanya,” ujarnya.

“Saya doakan adik sentiasa diberkati dan berjaya dunia akhirat,” kata seorang pengguna.

“Anak yang baik. Adik terbaik jaga syurga adik. Alhamdulillah,” ujar seorang lagi.

“Anak yang berbakti kepada orang tua. Anak yang baik tak akan pernah ada perasaan malu terhadap ibu bapanya, walaupun ibu bapanya serba kekurangan,” kata seorang pengguna lain.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang rata-rata memuji sikap anak berkenaan serta menyifatkannya sebagai contoh terbaik dalam masyarakat. – MYBERITA

BACA JUGA:  Netizen kritik lagu ‘Justice for Zara’, seru teruskan doa buat arwah

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...