PU Riz hulur bantuan, hadiahkan basikal buat anak-anak arwah Amirul

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, PU Riz tampil menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga yang kehilangan ketua keluarga apabila menyalurkan pelbagai sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Bantuan tersebut disalurkan kepada balu Allahyarham Amirul bersama empat orang anaknya, termasuk keperluan harian, susu bayi serta hadiah istimewa berupa basikal untuk anak-anak.

Menurut PU Riz, walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan sepenuhnya, dia tetap berusaha memastikan sumbangan itu sampai kepada keluarga berkenaan.

“Penat sikit, tapi nak kena hantarlah. Dah bawa basikal, susu dan beberapa perkara lagi. Insya-Allah kita sampaikan kepada dia,” katanya.

Selain keperluan asas, beliau turut menghadiahkan tiga buah basikal khusus untuk anak-anak yang bersekolah sebagai usaha menceriakan mereka selepas kehilangan insan tersayang.

“Kita beli basikal untuk mereka supaya ada sedikit kegembiraan. Kita bantu mana yang boleh,” ujarnya.

Difahamkan, anak-anak arwah terdiri daripada pelbagai peringkat umur termasuk seorang yang masih kecil, justeru bantuan turut merangkumi barangan keperluan bayi seperti susu dan botol.

Dalam masa sama, PU Riz memaklumkan sumbangan yang diberikan juga meliputi keperluan asas untuk tempoh kira-kira tiga bulan bagi memastikan keluarga tersebut terus terbela.

“Kalau ada apa-apa keperluan lain, boleh maklumkan. Kita akan cuba bantu,” katanya.

Kehadiran beliau nyata membawa kegembiraan kepada keluarga berkenaan yang bersyukur atas keprihatinan masyarakat dalam membantu mereka menghadapi ujian hidup. – MYBERITA

BACA JUGA:  Iran buka laluan, kapal Malaysia mula lepasi Selat Hormuz
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...