Tiket ‘final’ Piala Dunia 2026 paling mahal dalam sejarah, cecah RM44,000

NEW YORK – Harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 dilaporkan mencecah sehingga AS$10,990 (RM44,339), sekali gus menjadi antara yang termahal dalam sejarah bola sepak dunia.

Menurut laporan BBC, harga tersebut merujuk kepada jualan terbuka pertama tiket yang ditawarkan kepada peminat bagi kejohanan berkenaan.

Difahamkan, harga berkenaan jauh lebih tinggi berbanding jangkaan awal yang dinyatakan dalam dokumen bidaan kejohanan, iaitu sekitar AS$1,550 (RM6,253) bagi tiket perlawanan akhir.

Malah, ketika jualan awal kepada ahli kelab penyokong rasmi pada Disember lalu, tiket paling mahal hanya ditawarkan pada harga AS$8,680 (RM35,019) sebelum kembali meningkat menjelang fasa jualan terkini.

Sebagai perbandingan, harga tiket tertinggi bagi perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar sebelum ini adalah sekitar AS$1,604 (RM6,741).

Peningkatan harga ini dikaitkan dengan penggunaan sistem penetapan harga dinamik oleh FIFA, di mana kos tiket berubah mengikut permintaan semasa.

Bagaimanapun, struktur harga sebenar sukar ditentukan kerana badan induk bola sepak dunia itu tidak mendedahkan secara terperinci mekanisme penetapan harga yang digunakan. – MYBERITA

BACA JUGA:  Warga emas OKU maut dalam kebakaran
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...