‘Bukan pakej fotografi’, netizen pertahan staf Restoran Rembayung

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pelanggan yang didakwa mempertikaikan kemahiran fotografi staf di Restoran Rembayung mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Azrie Sobri di platform Threads, pelanggan berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan gambar yang diambil oleh staf ketika berkunjung ke restoran tersebut.

“Kau pergi situ bayar makanan je tau, bukan termasuk sekali pakej fotografi. Staf tolong ambil gambar pun dah cukup bagus. Nak kena fikir pasal skil fotografi pula,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Perkongsian itu turut memaparkan tangkap layar kenyataan dipercayai daripada individu lain yang mengkritik cara gambar diambil, termasuk menasihati agar tidak menekan butang kamera secara berulang atau ‘spam’.

Isu tersebut kemudiannya mendapat perhatian pemilik restoran, Khairul Aming yang tampil memberikan penjelasan berhubung situasi sebenar.

Menurutnya, staf sememangnya diarahkan untuk mengambil banyak gambar bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan.

“Saya yang suruh staf tangkap banyak-banyak supaya pelanggan boleh pilih gambar mana. Ada 800 pelanggan sehari, memang tak sempat nak ambil gambar satu per satu secara perlahan,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyokong tindakan staf dan berpendapat pelanggan tidak seharusnya meletakkan harapan tinggi terhadap perkhidmatan percuma tersebut.

Seorang pengguna menyifatkan isu berkenaan tidak wajar diperbesarkan sehingga membebankan pekerja restoran, malah mencadangkan kemungkinan caj tambahan dikenakan jika situasi berterusan.

Selain itu, terdapat juga pandangan yang menegaskan bahawa tugas mengambil gambar bukanlah sebahagian daripada skop kerja staf, namun ia dilakukan atas dasar ihsan bagi membantu pelanggan.

Perdebatan ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai batas jangkaan pelanggan terhadap servis tambahan yang tidak termasuk dalam perkhidmatan utama sesebuah premis makanan. – MYBERITA

BACA JUGA:  Sultan Brunei dimasukkan ke IJN - PM Anwar
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...