Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali sertai UMNO

0
159

MERSING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta sebelum kembali menyertai UMNO.

Alwiyah yang mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau sejak tahun 2018 turut melepaskan semua jawatannya dalam parti berkenaan susulan keputusan tersebut.

Menerusi satu kenyataan media rasmi yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai aspek demi memastikan kepentingan dan masa depan penduduk di kawasan yang diwakilinya terus terpelihara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here