Kenaikan tarif air tidak bebani pengguna domestik – MB Negeri Sembilan

SEREMBAN – Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa kenaikan tarif air yang dilaksanakan baru-baru ini tidak akan memberi impak besar kepada pengguna domestik memandangkan kadar baharu masih disokong subsidi kerajaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelaksanaan semakan tarif itu juga dibuat secara kolektif oleh semua kerajaan negeri dan diselaraskan di peringkat nasional oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan tarif di peringkat negeri. Ia perlu diselaraskan di peringkat nasional bersama semua negeri. Hanya satu atau dua negeri yang minta penangguhan. Saya percaya pendekatan ini baik dan memberi manfaat bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Tahun 2025 Peringkat Negeri Sembilan, di Seremban, hari ini.

Menurut beliau, untuk pengguna domestik, kerajaan masih mengekalkan subsidi bagi 40 meter padu pertama, dengan 20 meter padu pertama diberi subsidi penuh, manakala 20 meter padu berikutnya dikenakan kadar minimum.

“Kita hanya ambil keuntungan sekitar 10 sen sahaja daripada kos rawatan dan pengurusan air. Walaupun tarif dinaikkan, pengguna domestik masih menikmati kadar yang rendah,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kos sebenar rawatan air di Negeri Sembilan adalah antara RM1.10 hingga RM1.15 bagi setiap meter padu, namun pengguna hanya dikenakan sekitar 70 sen, sekali gus menunjukkan kerajaan masih menanggung lebih 40 sen subsidi bagi setiap meter padu.

Langkah penyelarasan ini menurut beliau bukan sahaja memastikan kelangsungan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti, tetapi juga menjaga kebajikan rakyat dengan kadar bayaran yang berpatutan.

BACA JUGA:  Dr Akmal gesa Wee Ka Siong mohon maaf kepada KPT
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...