POLISI EDITORIAL
Tanpa kepercayaan, kewartawanan tidak bermakna. Sebagai penyedia berita yang dipercayai, dihormati dan berwibawa, kepercayaan pembaca adalah teras kepada setiap kerja kami. Setiap kakitangan mesti menunjukkan tahap integriti dan profesionalisme yang tertinggi bagi memastikan kepercayaan pembaca tidak akan pernah tergugat.
Asas Polisi
Polisi editorial dan kod etika MYBERITA berpandukan kepada kenyataan misi serta nilai korporat Arena Mega Trading.
Kenyataan Misi
Sebuah syarikat media dan digital yang progresif, dinamik, dipercayai serta dihormati, dengan matlamat untuk membentuk masyarakat yang berilmu dan bermaklumat.
Misi
Menjadi syarikat media yang berasaskan nilai sejagat, menekankan prestasi tinggi dan budaya kerja cemerlang, bersifat inovatif, adaptif serta peka terhadap keperluan dan perubahan semasa masyarakat.
Nilai-Nilai Teras
• Integriti – Jujur, beretika dan boleh dipercayai
• Profesionalisme – Budaya kerja yang memacu kecemerlangan
• Akauntabiliti – Bertanggungjawab dan berdisiplin dalam setiap tindakan
• Mesra Rakyat – Keutamaan kami adalah pembaca, pelanggan dan masyarakat keseluruhannya
Siapa Yang Tertakluk Kepada Polisi Ini?
Semua kakitangan editorial dan individu yang terlibat dalam penghasilan kandungan MYBERITA di semua platform termasuk wartawan sambilan (stringer), tertakluk kepada kod etika ini.
Polisi Editorial
Laporan Berita
• Kakitangan wajib memastikan laporan bersifat adil dan objektif.
• Kakitangan bertanggungjawab menjalankan semakan fakta secara menyeluruh untuk memastikan ketepatan maklumat.
• Kakitangan mesti mematuhi undang-undang negara tanpa menjejaskan integriti dan kepercayaan pembaca.
• Nama dan identiti kanak-kanak yang terlibat dalam kes mahkamah akan dilindungi mengikut undang-undang.
• Kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah akan dilindungi.
• Jika perlu, penyiaran nama kanak-kanak (misalnya kes kehilangan) akan dinilai secara kes demi kes oleh pihak editorial.
• Kakitangan mesti menghormati Perlembagaan dan semangat penubuhan negara.
• Kakitangan wajib menghormati kepelbagaian budaya dan agama dalam negara.
• Kakitangan bertanggungjawab melaporkan perlakuan jenayah yang memberi kesan kepada masyarakat dengan laporan yang adil dan seimbang tanpa menyasarkan mana-mana pihak.
• Kakitangan akan melindungi identiti sumber tetapi tetap perlu mengesahkan maklumat yang diterima.
• MYBERITA tidak membayar untuk mendapatkan maklumat daripada mana-mana sumber.
• MYBERITA boleh memetik sumber tanpa nama jika individu enggan didedahkan atas sebab keselamatan atau privasi.
• Kami berhak menyiarkan pandangan berbeza selaras dengan prinsip demokrasi, namun kami tidak menyokong sebarang unsur ekstremisme atau perlakuan jenayah.
Polisi Larangan Hadiah (No Gift Policy)
• Malaysia mempunyai undang-undang ketat seperti Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
• Semua kakitangan MYBERITA tertakluk kepada peruntukan ini dan tidak boleh terlibat dalam sebarang bentuk rasuah.
• Polisi larangan pemberian hadiah dilaksanakan secara ketat.
• Kakitangan tidak boleh menerima sebarang imbuhan dalam bentuk wang atau barangan berkaitan laporan berita untuk elakkan konflik kepentingan.
• Dilarang meminta atau menerima hiburan, jamuan, lawatan ditaja, atau sebarang bentuk ganjaran yang boleh menjejaskan objektiviti laporan.
• Pihak luar juga dilarang memberikan sebarang ganjaran atau insentif kepada kakitangan.
• Kakitangan boleh hadir ke majlis rasmi dan acara yang berkaitan.
• Sekiranya menerima hadiah atau imbuhan, kakitangan mesti melaporkan kepada pengurusan untuk pemulangan hadiah.
• Jika terdapat kes permintaan ganjaran daripada kakitangan, sila laporkan ke: aduan@portalmyberita.com dengan maklumat lengkap untuk siasatan.
Laporan Kewangan
• Kakitangan tidak dibenarkan melaporkan mengenai syarikat di mana mereka mempunyai pegangan saham atau kepentingan.
• Segala maklumat sulit yang diperoleh semasa bertugas tidak boleh dikongsi dengan pihak luar.
Penggunaan Bahasa
• MYBERITA akan menggunakan Bahasa Melayu piawai.
• Kami tidak akan menggunakan bahasa atau istilah yang menghina pembaca.
• Editor berhak menilai penggunaan sesuatu perkataan yang dipetik untuk menggambarkan sesuatu berita dengan tepat.
Pembetulan Maklumat
Menjadi tanggungjawab kami untuk menyampaikan maklumat yang tepat. Sekiranya berlaku kesilapan, MYBERITA akan membetulkan secepat mungkin serta memohon maaf secara terbuka.
Pembetulan akan dinyatakan dengan jelas, termasuk tarikh dan artikel yang terlibat, sama ada dalam versi cetak atau digital.
Aduan Kesilapan
Untuk membuat aduan atau permintaan pembetulan, sila emel ke aduan@portalmyberita.com dengan maklumat berikut:
• Tajuk dan tarikh penerbitan
• Kesalahan dalam artikel
• Pembetulan yang diminta
• Hanya individu yang terlibat secara langsung dibenarkan membuat aduan
Pandangan atau aduan berkaitan perbezaan pendapat tidak akan dilayan.
Penambahbaikan Polisi
MYBERITA akan sentiasa menambah baik polisi editorial dan kod etika ini dari semasa ke semasa bagi memastikan komitmen kami terhadap pembaca sentiasa utuh.


