Amin Idris tegur usahawan terkenal salah tafsir surah Al-Fiil

KUALA LUMPUR – Perkongsian seorang usahawan terkenal mengenai amalan membaca Surah Al-Fiil sebagai tips menambah rezeki mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, usahawan berkenaan menyarankan agar surah tersebut dibaca sebanyak tiga kali sambil menekankan kalimah ‘rabbuka’, yang dikaitkan dengan perkataan Melayu ‘buka’ sebagai simbolik membuka pintu rezeki.

“Baca tiga kali ye, baca tiga kali. Insya-Allah masa ‘rabbuka’, ‘buka’, bukakanlah pintu langit untuk kita, angkat doa kita memohon pertolongan Allah, bantuan rezeki yang tidak dijangka, rezeki yang luar biasa, rezeki yang tidak luak, rezeki yang tidak habis dan rezeki yang barakah,” kata usahawan itu dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut menerima teguran daripada pengacara dan pendakwah bebas, Amin Idris, yang menegaskan bahawa kalimah ‘rabbuka’ tidak membawa maksud ‘buka’.

@iamaminidris

Ada tertengok satu video seorang usahawan share tips berniaga dengan membaca surah Al Fiil. Beliau terjemah kalimah ‘Rabbuka’ bererti ‘buka’. Maknanya Allah ‘buka’ pintu langit rezeki. Makna ‘Rabbuka’ BUKAN BUKA, tapi TUHANMU. Hati-hari dalam memetik ayat Quran. Jangan main hentam je. Itu ayat Allah

♬ original sound – Amin Idris – Amin Idris

“‘Rabbuka’ bukan maksud buka. ‘Rabb’ bermaksud Tuhan, manakala ‘ka’ merujuk kepada kamu. Jadi ‘rabbuka’ membawa maksud Tuhan kamu,” jelas Amin menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok.

Beliau turut berkongsi doa sahih yang boleh diamalkan bagi memohon rezeki yang baik daripada Allah SWT.

“Doanya mudah je, kita minta kepada Allah SWT ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan kita diterima,” katanya.

Amin juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam menghuraikan ayat al-Quran agar tidak berlaku salah faham. -MYBERITA

BACA JUGA:  Ingatkan beratur beli puding karamel, rupanya tandas Bentong sesak
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...