Insentif RM3 galak kanak-kanak solat subuh berjemaah

PEKAN – Inisiatif menyediakan insentif RM3 kepada kanak-kanak yang menunaikan solat Subuh berjemaah di Surau Al-Quds Peramu mendapat sambutan menggalakkan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Kempen yang dinamakan ‘Wira Subuh’ itu diperkenalkan buat kali pertama dengan sasaran menarik minat kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun untuk hadir ke surau bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Pengerusi surau berkenaan, Abdul Rahman Salimin berkata, insentif RM3 diberikan kepada setiap kanak-kanak yang hadir menunaikan solat Subuh berjemaah sepanjang Ramadan sebagai galakan untuk memupuk minat dalam kalangan generasi muda mendekati rumah ibadat.

Menurutnya, sebelum ini pihak surau turut menyediakan beberapa insentif lain seperti ganjaran kecemerlangan bagi Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK), hadiah tadarus al-Quran untuk remaja serta duit raya setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Selepas berbincang dengan jawatankuasa surau, kami bersetuju menyediakan insentif RM3 kepada kanak-kanak yang menunaikan solat Subuh berjemaah setiap pagi sepanjang Ramadan. Kami juga bercadang meneruskan insentif ini pada setiap Sabtu, Ahad dan ketika cuti sekolah selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif itu turut disambut baik oleh ibu bapa apabila ramai kanak-kanak dari Kampung Kelat Rendan dan Taman Perumahan Ixora hadir bersama penjaga untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.

Tambahnya, usaha tersebut bukan sahaja bertujuan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan solat, malah membantu mengeratkan hubungan antara penduduk setempat serta jemaah surau.

Menurut Abdul Rahman, ada ibu bapa memaklumkan anak mereka kini lebih bersemangat untuk bangun awal tanpa perlu dikejutkan bagi menunaikan solat Subuh berjemaah di surau. – MYBERITA

BACA JUGA:  Warga Johor dapat cuti Isnin sempena kejayaan JDT
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...