Laungan solidariti Palestin bergema di Himpunan Hari Al-Quds Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Suasana di sekitar Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak mula dipenuhi orang ramai yang hadir bagi menyertai Perhimpunan Hari Al-Quds Sedunia 2026 pada Jumaat.

Tinjauan di lokasi mendapati peserta mula berkumpul seawal tengah hari dengan membawa bendera Palestin, kain rentang serta sepanduk sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa, keluarga serta individu yang ingin menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa di Al-Quds.

Sebahagian peserta turut dilihat mengenakan pakaian berwarna hitam sambil membawa bendera Palestin dan melaungkan kata-kata sokongan kepada rakyat Gaza.

Perhimpunan yang diadakan sejurus selepas solat Jumaat itu dijangka disertai ribuan peserta sebelum perarakan aman diteruskan menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyerahkan memorandum berkaitan isu Palestin.

Pihak penganjur sebelum ini memaklumkan perhimpunan berkenaan dianjurkan bersama oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan, organisasi masyarakat sivil serta parti politik sebagai tanda pendirian kemanusiaan menentang kezaliman dan penjajahan di Asia Barat.

Untuk rekod, Perhimpunan Hari Al-Quds Sedunia lazimnya diadakan pada setiap Jumaat terakhir bulan Ramadan sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang berdepan tekanan dan penindasan.

Suasana di lokasi dilaporkan masih terkawal dengan kehadiran anggota keselamatan bagi memastikan perhimpunan berlangsung secara aman dan teratur. – MYBERITA

BACA JUGA:  Harimau Malaya cemerlang, tewaskan Nepal 2-0
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...