\”Pemberian lencana bukan isu besar\” – PM

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pemberian lencana Jalur Gemilang kepada pelajar sekolah tidak sepatutnya menjadi isu berpanjangan.

Menurutnya, pendekatan ini telah lama diamalkan di banyak negara dan dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), namun pelaksanaannya tertangguh sebelum ini.

Justeru, beliau bersama Jemaah Menteri memutuskan untuk melaksanakan cadangan tersebut dengan segera.

\”Lencana bendera Jalur Gemilang diberi percuma, lekat sajalah… Banyak negara jiran dah buat lama dah, kita bincang sana bincang sini, buat sajalah,\” katanya secara berseloroh.

Anwar berkata demikian ketika ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Jalan Raja Uda, di sini.

Sebelum ini, KPM mempertahankan keputusan mewajibkan pemakaian lencana Jalur Gemilang kepada semua pelajar sekolah bermula 21 April depan.

Menurut kementerian, langkah itu bertujuan memupuk semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.

Setiap pelajar akan menerima dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma untuk sesi persekolahan 2025/2026.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman kepada perantau yang meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau turut menasihatkan rakyat agar berhati-hati di jalan raya memandangkan kadar kemalangan sering meningkat menjelang musim perayaan.

\”Ambil langkah keselamatan yang perlu,\” katanya.

\”Kita balik kampung untuk jalinkan silaturrahim, tetapi kalau berlaku kemalangan, bukan sahaja keluarga susah hati, sanak saudara juga,\” tambahnya.

BACA JUGA:  Kereta terbakar selepas langgar pokok
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...