Polis tertembak diri sendiri dipercayai ada masalah peribadi, kawangan

KEPALA BATAS – Anggota polis yang tertembak diri sendiri di bahagian kepala dalam kejadian di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Selasa lepas dipercayai mengalami beberapa masalah peribadi termasuk isu kewangan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata perkara itu dikenal pasti berdasarkan siasatan dan rakaman percakapan yang dijalankan pihaknya.

“Secara keseluruhan sembilan orang telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes itu termasuk bekas isteri mangsa, rakan karib mendiang, tiga anggota polis yang berada di lokasi kejadian dan pakar perubatan yang menjalankan bedah siasat serta bertugas di Unit Rawatan Rapi Neurologi Hospital Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata siasatan telah selesai dan mendiang telah selamat dikebumikan, dengan hasil siasatan mendapati mangsa menghadapi masalah dalaman dan peribadi yang mungkin sedikit sebanyak ada kaitan dengan kewangan.

Hamzah berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pulau Pinang malam tadi.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Noor, Ketua Menteri Chow Kon Yeow bersama isteri, Tan Lean Kee serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zulkifli Long.

Anggota polis berusia 58 tahun dan bertugas di cawangan Kem Komandan itu ditemukan parah di kepala dalam bilik pengawal IPK Pulau Pinang pada jam 6.12 petang Selasa lepas.

Mangsa dipercayai tertembak diri sendiri sebelum disahkan meninggal dunia jam 5.12 petang Khamis lalu.

Dalam perkembangan lain, polis sedang memburu enam lelaki termasuk dua warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki Myanmar yang maut diserang dan ditetak di sebuah restoran di Taman Sepadu Jaya, Tasek Gelugor pada 7 Mac lalu.

BACA JUGA:  Penganjur program LGBT akan dipanggil beri keterangan

Hamzah berkata, kesemua suspek berusia 30-an hingga 40-an dipercayai telah melarikan diri dari Pulau Pinang namun masih berada dalam negara dan usaha mengesan mereka giat dijalankan dengan bantuan Bukit Aman.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima laporan kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan pada jam 3.20 pagi, memaklumkan empat lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang menyerang seorang lelaki Myanmar yang juga pekerja restoran terbabit.

Siasatan mendapati lelaki berusia 38 tahun itu diserang kerana dendam antara mangsa dan keluarganya yang tinggal di Tasek Gelugor dan di negara asalnya dengan sekumpulan lelaki yang menyerangnya.

Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...