Anggota polis uzur tetap gagah tunaikan tanggungjawab undi awal sebelum bersara

TAPAH – Meskipun berdepan masalah kesihatan akibat kemalangan lama, seorang anggota polis yang bakal menamatkan perkhidmatannya tahun ini tetap bersemangat menunaikan kewajipan sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Koperal Mahamat Udin, 60, antara kira-kira 500 anggota pasukan keselamatan yang hadir menunaikan undi awal di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor pada pagi Selasa.

Meskipun berkerusi roda, beliau tiba seawal pagi dengan bantuan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan berjaya melaksanakan tanggungjawab itu sekitar jam 8.50 pagi.

“Walaupun kesihatan saya tak seperti dulu, saya tetap hadir sebab undi ini adalah tanggungjawab penting. Kemalangan motosikal enam tahun lalu memang beri kesan besar, tapi semangat tetap kuat,” katanya ketika ditemui selepas selesai mengundi.

Menurut Mahamat, ini merupakan kali pertama beliau merasai pengalaman mengundi secara fizikal dengan mencelup jari ke dalam dakwat kekal, selepas sebelum ini hanya menjalankan tanggungjawab itu melalui undi pos.

PRK DUN Ayer Kuning kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Dr Mohamad Yusri Bakir; calon Perikatan Nasional, Abdul Muhaimin Malek dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

BACA JUGA:  Vape perlu diharamkan secara menyeluruh, bukan sekadar negeri – Aminuddin Harun
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...