Dice 25 tampilkan solusi IoT, aplikasi pintar hasil tangan pelajar Politeknik Muadzam Shah

ROMPIN – Program Dice 25 yang merupakan acara kemuncak kepada projek akhir pelajar semester lima Jabatan Teknologi Maklumat, Politeknik Muadzam Shah berjaya dilaksanakan menampilkan pelbagai idea bernas yang mencerminkan kecemerlangan pelajar dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Program ini menjadi platform penting bagi menonjolkan kreativiti serta kemahiran teknikal pelajar melalui pertandingan yang merangkumi tiga kategori utama iaitu Internet of Things (IoT), Aplikasi Web, dan Aplikasi Mudah Alih.

Kesemua kategori ini memperlihatkan hasil kerja yang bukan sahaja menepati kehendak industri semasa, tetapi juga menampilkan pendekatan penyelesaian masalah yang inovatif dan berpaksikan teknologi.

Dalam kategori IoT, beberapa projek telah mencuri perhatian juri dengan impak dan keunikan pendekatannya. Antaranya termasuk sistem keselamatan berasaskan teknologi IoT yang dinamakan Smart Durian Guard, yang dibangunkan khusus bagi meningkatkan kawalan keselamatan di kebun durian. Turut meraih pengiktirafan emas ialah Smart Irrigation Based On IoT, iaitu sistem pengairan automatik yang direka untuk mengoptimumkan penggunaan air dalam sektor pertanian, serta Smart Chili Plantation, yang mengaplikasikan teknologi sensor pintar bagi pemantauan tanaman cili secara digital.

Sementara itu, dalam kategori Aplikasi Web, para pelajar turut membuktikan kebolehan mereka dalam membangunkan platform digital yang memberi manfaat kepada pelbagai sektor. Antara projek yang meraih pingat emas ialah Pinetastic, sebuah laman web yang memfokuskan kepada pemuliharaan hutan pain. Selain itu, AgroviewAR, sebuah aplikasi berasaskan web yang mengintegrasikan elemen realiti tambahan untuk pendidikan dalam bidang pertanian, turut diiktiraf, di samping A-grape Care, sebuah sistem pintar yang menyokong pengurusan ladang anggur secara efisien.

Program Dice 25 bukan sahaja berperanan sebagai medan pembentangan projek akhir, malah berfungsi sebagai jambatan penting antara pelajar dan pihak industri. Ia turut menjadi pencetus kepada budaya inovasi dan pemikiran kreatif dalam kalangan generasi muda, seiring usaha negara dalam memperkukuh ekosistem teknologi tempatan melalui pendidikan tinggi berasaskan kemahiran.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: 15 maut, bas bawa pelajar UPSI terbalik
Danial Firdaus
Danial Firdaus
danialfirdaus@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...