Guru direhatkan akibat skandal cinta terlarang dengan suami orang – KPM

NIBONG TEBAL – Seorang guru wanita dari sebuah sekolah menengah di selatan tanah air telah direhatkan daripada tugas pengajaran susulan tercetusnya kontroversi membabitkan dakwaan hubungan sulit dengan suami orang.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa tindakan tersebut diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai langkah awal bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan tanpa gangguan, memandangkan isu itu melibatkan soal integriti, kelakuan dan akhlak sebagai seorang pendidik.

“Dia direhatkan daripada mengajar. Kita telah mengambil pendekatan ini bagi memastikan siasatan berjalan lancar dan bebas daripada sebarang gangguan. Guru tersebut juga telah dikeluarkan daripada sekolah sepanjang tempoh siasatan,” kata Fadhlina ketika ditemui pada Majlis Perasmian Dermasiswa STPM anjuran Farm Fresh Berhad di SMK Tun Syed Sheh Barakbah, pada Selasa.

Namun begitu, guru terbabit masih menjalankan beberapa tugasan lain sebagai kakitangan awam sementara siasatan diteruskan.

Fadhlina turut menegaskan bahawa KPM memandang serius sebarang isu yang berkaitan dengan etika dan akhlak warga pendidik, sama ada yang berlaku secara rasmi mahupun tular di media sosial.

“Kita bertanggungjawab memastikan semua guru mematuhi standard integriti dan etika keguruan yang ditetapkan. Jaminan kami adalah untuk mempertahankan nilai etika dan integriti dalam profesion keguruan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan semua guru agar sentiasa menjaga kelakuan sama ada ketika berada di sekolah mahupun di luar waktu kerja kerana mereka membawa imej profesion pendidikan dan menjadi contoh kepada masyarakat.

Kontroversi terbabit tercetus selepas beberapa tangkap layar perbualan berunsur lucah antara guru berkenaan dengan seorang lelaki tular di media sosial. Beberapa klip video turut tersebar menunjukkan isteri lelaki terbabit bersemuka dengan guru tersebut, dipercayai susulan kecurangan yang berlaku.

BACA JUGA:  Tular murid dimarahi guru di khalayak, Fadhlina beri reaksi tegas

Hubungan terlarang itu didakwa bermula ketika lelaki berkenaan menawarkan perkhidmatan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pendawaian elektrik di rumah guru tersebut.

KPM kini giat menjalankan siasatan dalaman terhadap insiden tersebut dan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terbukti berlaku salah laku.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...