Tiada keperluan tukar kerajaan hanya kerana isu penjualan arak – Shahaniza

MARAN – Ketua UMNO Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menegaskan bahawa tidak perlu berlaku pertukaran kerajaan semata-mata atas alasan mahu menghadkan penjualan minuman keras, memandangkan Pahang sudah lama melaksanakan penguatkuasaan tersebut berdasarkan undang-undang sedia ada.

Menurut beliau, penjualan arak di negeri itu bukanlah isu baharu yang perlu ditunggu untuk ditangani oleh mana-mana parti termasuk Pas, kerana Pahang telah pun menguatkuasakan kawalan ketat terhadap penjualan arak sejak sekian lama.

“Penjualan arak di Pahang bukan berleluasa. Kita sudah ada kawalan yang jelas – hanya individu bukan Islam dibenarkan membeli, di premis berlesen dan kawasan bukan majoriti Muslim, sebagaimana yang dilaksanakan di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi TikTok malam tadi.

Mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar yang menyatakan Pas akan melaksanakan dasar menghadkan penjualan arak di Pahang jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), Shahaniza membalas bahawa perkara itu sudah pun berjalan tanpa perlu menunggu parti tersebut memerintah.

“Kenapa nak hadkan? Hadkanlah terus… Tapi hakikatnya tak boleh buat pun sebab kita hidup dalam masyarakat majmuk. Ada orang Islam, ada bukan Islam. Kita kena hormat perbezaan itu,” ujarnya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu turut menjelaskan bahawa kawalan penjualan arak di Pahang diperincikan melalui beberapa peruntukan undang-undang termasuk di bawah Jabatan Kastam, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta Enakmen Jenayah Syariah di bawah Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1987).

“Penjualan arak, walaupun tidak diharamkan sepenuhnya, tetap dikawal secara ketat. Lesen tidak diberikan sewenang-wenangnya. Setiap permohonan perlu melalui proses telus termasuk iklan di surat khabar dan dibuka untuk bantahan awam,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa di bawah undang-undang syariah, adalah satu kesalahan bagi umat Islam membeli atau menjual arak dan kesalahan itu boleh dikenakan denda, hukuman sebat, atau penjara di Mahkamah Syariah.

BACA JUGA:  Foodpanda hadiahkan 196 jongkong emas, pakej Umrah buat \'rider\'

Mengulas dakwaan kononnya penjualan arak di kedai serbaneka berleluasa, Shahaniza menjelaskan bahawa premis berkenaan tertakluk kepada syarat lesen tertentu.

“Kedai serbaneka hanya dibenarkan menjual minuman dengan kandungan alkohol yang sangat rendah, tidak lebih tiga peratus. Jika masyarakat rasa tidak sesuai dengan persekitaran majoriti Islam, mereka boleh buat bantahan dan PBT akan kaji semula lesen tersebut,” katanya lagi.

Tambah beliau, isu seperti ini tidak sewajarnya dijadikan modal politik, kerana pentadbiran negeri telah mengambil kira sensitiviti agama dan kaum dalam penggubalan dasar sedia ada.

Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...