11 staf Ojen Aiwah cedera lepas terlibat kemalangan, mohon doa dan sokongan

TAWAU – Usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Ojen Aiwah, berkongsi detik cemas menerusi laman Instagram pagi ini apabila salah sebuah van yang membawa 11 orang stafnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Batu 22, Tawau, Sabah.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku ketika rombongan mereka sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau untuk meneruskan perjalanan ke Sandakan bagi urusan kerja dan lawatan perniagaan.

Menurut Ojen, van berkenaan yang dipandu oleh salah seorang staf dipercayai terbabas dan melanggar batu besar di tepi jalan, hanya beberapa kilometer dari lapangan terbang. Insiden itu menyebabkan kesemua 11 individu di dalam kenderaan tersebut mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke Hospital Tawau.

\”Setakat tengah hari ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kejadian tidak melibatkan pengguna jalan raya yang lain,\” katanya dalam hantaran penuh emosi di Instagram.

Ojen turut meluahkan perasaannya yang sedang bergelut dengan pelbagai ujian termasuk isu penipuan, kerosakan peralatan perniagaan, dan kini insiden kemalangan yang menimpa staf-stafnya.

“Ya Allah, satu demi satu ujian Kau beri. Aku redha. Tolong doakan staf-staf abang cepat sembuh,” tulisnya sambil memuat naik beberapa gambar suasana selepas kejadian.

Difahamkan, empat buah kenderaan digunakan dalam pergerakan ke lapangan terbang tersebut. Tiga kenderaan lain selamat tiba di lokasi, manakala hanya van yang membawa 11 staf terlibat dalam kemalangan.

Walaupun berdepan ujian berat, Ojen memaklumkan bahawa baki staf yang tidak terlibat dalam kemalangan tetap meneruskan penerbangan ke Sandakan dan akan meneruskan aktiviti yang telah dirancang.

“Kami teruskan juga ke Sandakan, berat hati tinggalkan mereka di hospital. Tapi ini perjuangan cari rezeki. Kami perlukan sokongan, doa kalian,” katanya lagi.

Ojen turut memohon maaf kepada keluarga staf-staf yang terlibat dan menegaskan bahawa pihaknya akan memastikan kebajikan mangsa diberi keutamaan sepanjang proses rawatan dan pemulihan.

BACA JUGA:  \"Pak Lah bukan sekadar pemimpin, tapi juga sahabat\" – Najib Razak

Orang ramai dan para pengikutnya di media sosial dilihat memberikan kata-kata semangat dan doa di ruangan komen hantaran berkenaan.

Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...