Ahad | 11/10/2026 | 7:09:04 am
HomeTerkiniKanak-kanak perempuan jatuh longkang, hilang dihanyutkan arus deras

Kanak-kanak perempuan jatuh longkang, hilang dihanyutkan arus deras

AMPANG – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras dalam kejadian di hadapan Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kampung Cheras Baru, petang tadi.

Menurut maklumat awal, insiden itu berlaku kira-kira pukul 6.07 petang ketika hujan lebat melanda kawasan berkenaan.

Mangsa dilaporkan terjatuh bersama seorang lagi rakan perempuan berusia 11 tahun. Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada paip di dalam longkang sebelum diselamatkan oleh orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|