Pelaburan dalam sistem kesihatan perlu dipertingkat – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pelaburan dalam sistem kesihatan negara perlu dipertingkat bagi menghadapi cabaran masyarakat menua dan menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Menurut Anwar, tumpuan utama harus diberikan kepada aspek pencegahan, pendidikan kesihatan awam serta sokongan komuniti dalam memastikan rakyat bukan sahaja hidup lebih lama, tetapi juga hidup lebih sihat.

“Ekonomi umur panjang global diunjurkan melebihi USD65 trilion menjelang 2030. Jika Malaysia mahu menjadi peneraju proaktif dalam bidang ini, kita perlu melabur dalam sistem kesihatan, penjagaan sosial, perumahan, alat kewangan dan industri yang menyokong masyarakat menua,” katanya semasa berucap di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2025 bertemakan ‘Living to A Hundred: Are We Prepared?’ di ibu negara, hari ini.

Tambah beliau, jangka hayat rakyat Malaysia kini mencecah 76 tahun, namun tempoh hidup sihat hanya sekitar 67 tahun — satu jurang yang tidak menunjukkan peningkatan sejak dua dekad lalu.

“Ini bukan sekadar trend tetapi satu transformasi masyarakat. Hidup lebih lama tidak bermakna hidup lebih baik, dan ini menjadi amaran awal kepada kita,” tegasnya.

Sehubungan itu, Anwar menegaskan bahawa pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan yang menekankan aspek pencegahan, akses saksama dan reformasi sistem kesihatan kekal sebagai keutamaan nasional.

Beliau turut memaklumkan bahawa Bajet 2025 memperuntukkan RM45.3 bilion kepada sektor kesihatan, peningkatan sebanyak 9.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, sebagai bukti kesungguhan kerajaan dalam membina Malaysia yang lebih sihat dan berdaya tahan.

Dalam pada itu, Anwar turut memuji langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam meneroka pendekatan baharu bagi meningkatkan kecukupan simpanan persaraan, selari dengan usaha menyokong kesejahteraan warga emas.

BACA JUGA:  \'Gemuk\' hilang 31 jam ditemui selamat dalam semak Kampung Alai

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...