Kerajaan tingkat peruntukan RM600 juta Jualan Rahmah Madani 2025

KONGSI

KUALA LUMPUR — Kerajaan mengumumkan peningkatan peruntukan Program Jualan Rahmah Madani 2025 kepada RM600 juta, sekali ganda berbanding peruntukan asal sebanyak RM300 juta.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang berlangsung hari ini.

“Bagi memperbanyak capaian program, peruntukan tahun ini ditingkatkan sekali ganda lagi menjadi RM600 juta,” kata Perdana Menteri dalam ucapannya.

ARTIKEL BERKAITAN