4U2C buat \’comeback\’, konsert baru lepas 30 tahun

KUALA LUMPUR – Kumpulan hip hop ikonik era 1990-an, 4U2C bakal membuat kemunculan semula menerusi konsert khas bertajuk WE 4U2C Live in Concert yang dijadual berlangsung pada 15 September depan di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Konsert bertemakan Bringin\’ Back Da 90\’s Flava itu bakal menyatukan semula tujuh anggota asal kumpulan tersebut iaitu Datuk AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam, dalam satu persembahan yang menjanjikan nostalgia buat peminat setia mereka.

Menurut AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, idea untuk menganjurkan konsert ini bermula daripada cadangan isterinya, Datin Emylia Rosnaida, sebelum disambut oleh pihak Juss Event yang tampil menawarkan penganjuran secara rasmi.

\”Konsert ini sudah lama menjadi impian saya, Ia bermula dengan idea daripada isteri saya, dan tidak lama kemudian pihak Juss Event menawarkan peluang ini.

\”Saya sangat bersyukur kerana ini impian yang menjadi kenyataan,\” katanya semasa sidang media di Tribeca Serviced Hotel by Millennium.

Tambah AC, kejayaan konsert KRU baru-baru ini turut memberi inspirasi kepada 4U2C untuk kembali ke pentas dan menghargai sokongan peminat yang tidak pernah pudar.

“Kami mahu kongsi detik istimewa ini dengan peminat dan keluarga, Kami juga mahu membuktikan bahawa artis tempatan mampu tampil dengan mutu persembahan bertaraf antarabangsa – bukan sekadar menyanyi, tetapi benar-benar menghibur,” katanya.

Konsert ini juga menandakan permulaan baharu buat kumpulan 4U2C untuk kembali aktif dalam industri muzik tempatan.

Mereka turut melantik komposer tersohor, Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik dengan sokongan 14 pemuzik profesional bagi menjamin mutu persembahan.

Sebagai kejutan, 4U2C akan mempersembahkan tiga single baharu buat julung kalinya khas untuk para peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong mereka.

BACA JUGA:  Dah kahwin tapi minat lelaki, jurutera dan remaja 19 tahun antara ditahan serbuan spa songsang

Konsert anjuran Juss Event Sdn Bhd ini dijangka menjadi antara acara paling dinanti tahun ini, sekaligus menandakan kemunculan semula kumpulan legenda itu dalam arus perdana muzik selepas hampir tiga dekad.

Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...