AC Mizal anggap ‘dibisukan’ hanya sebahagian permainan TTMM

KUALA LUMPUR – Juri tetap program realiti Talk To My Manager (TTMM), Datuk AC Mizal tidak mengambil hati apabila mikrofonnya dibisukan atas permintaan dua pengurus peserta iaitu Ina Naim dan Sharifah Zarina.

Menurut AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 54, tindakan tersebut dianggap sebahagian daripada format program berkenaan dan beliau menerima dengan terbuka.

“Saya tidak terasa dengan mereka. Inilah permainan program ini. Mungkin saya akan tinggalkan saja kumpulan WhatsApp itu,” katanya sambil berseloroh ketika ditemui selepas tamat konsert minggu ketiga, malam tadi.

Ina Naim menjadi pengurus pertama yang berani menekan butang ‘mute’ mikrofon juri, diikuti Sharifah Zarina yang sebelum ini sering menerima kritikan pedas daripada AC selama dua minggu berturut-turut.

Mengulas lanjut mengenai persembahan anak kepada dua selebriti itu, AC berkata beliau sebenarnya ingin memberikan pujian kerana kedua-duanya menunjukkan peningkatan berbanding minggu lalu.

“Anak Ina Naim (Hadie) menunjukkan perbezaan yang nyata daripada persembahan sebelum ini.
Saya nak cakap saya sebenarnya peminat kumpulan Masdo. Suara Hadie memang kena dengan genre begini (Pop 60-an).

“Anak Sharifah Zarina (Athalia) juga menunjukkan perubahan yang sangat nyata. Mungkin rock adalah genre dia,” ujarnya.

Pada konsert bertemakan ‘rebranding’, Hadie mempersembahkan lagu Oh Fatimah nyanyian asal A. Ramlie, manakala Athalia mendendangkan lagu Akan Ku Tunggu daripada kumpulan Candy.

Namun begitu, kedua-dua peserta berkenaan berada di kedudukan tercorot sebelum hos, Datuk Aznil Haji Nawawi, mengumumkan Hadie dan Ina Naim menjadi peserta pertama yang tersingkir.

Bagaimanapun, Aznil kemudiannya membuat kejutan apabila tiada penyingkiran dilakukan minggu ini.

Minggu seterusnya, kesemua lapan peserta yang masih bertanding akan mempersembahkan lagu duet bersama artis undangan.

BACA JUGA:  AC Mizal terkilan dengan kenyataan Ajai, anggap cuba tutup \'periuk nasi\' 4U2C
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...