Chelot cecah RM14 juta lepas 14 hari tayang

Pencapaian itu meneruskan momentum positif filem arahan Adrian Teh yang sebelum ini merekodkan kutipan RM10.7 juta, sekali gus membuktikan sambutan penonton terhadap karya aksi tempatan berkenaan masih kukuh.
KONGSI

KUALA LUMPUR – Filem aksi tempatan Chelot terus menunjukkan taring di pawagam apabila kutipannya kini mencecah RM14 juta selepas 14 hari tayangan, termasuk Tayangan Awal.

Pencapaian itu meneruskan momentum positif filem arahan Adrian Teh yang sebelum ini merekodkan kutipan RM10.7 juta, sekali gus membuktikan sambutan penonton terhadap karya aksi tempatan berkenaan masih kukuh.

“Terima kasih Malaysia! RM14 juta selepas 14 hari!” menurut perkongsian terbaharu mengenai pencapaian filem berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN