“JAIS akan panggil kedua-dua saksi untuk memberikan kenyataan mengenai program motivasi itu. Saya menyeru agar saksi-saksi lain juga tampil memberi kerjasama esok.
“Saya percaya kedua-dua saksi ini boleh memperjelaskan perkara sebenar dan membolehkan kebenaran didedahkan. Ini penting agar tidak timbul kekeliruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas Pra Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Antarabangsa ke-65 di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Mohd. Na’im lagi, JAIS turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut dari sudut undang-undang sivil, manakala siasatan JAIS sendiri akan dijalankan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
Terdahulu, tular di media sosial pendedahan seorang bekas peserta yang mendakwa program motivasi eHATI itu berselindung di sebalik tajuk berkaitan kebahagiaan keluarga, seni cinta suami isteri dan motivasi wanita, namun sebenarnya diselitkan dengan elemen mencolok mata serta tidak sesuai dari segi ajaran Islam.
Program tersebut dikatakan berlangsung secara tertutup di sebuah pusat konvensyen di ibu negara pada September tahun lalu dan hanya dibuka kepada peserta yang mendaftar.
– MYBERITA








