Caprice nasihat selesaikan isu rumah tangga secara matang, khuatir jejas emosi anak

0
199

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap dan usahawan, Caprice menasihatkan pasangan pempengaruh yang telah berpisah, Jofliam dan Cik Epal supaya menangani kemelut rumah tangga mereka dengan lebih matang demi kesejahteraan emosi anak-anak.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Caprice meluahkan kebimbangannya terhadap kesan pergaduhan ibu bapa terhadap anak-anak, khususnya apabila ia didedahkan secara terbuka.

“Kesian anak-anak. Setiap kali ibu bapa bergaduh antara satu sama lain, mangsa yang sebenar adalah anak-anak,” tulisnya ringkas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here