Temui lebih 20 selebriti di Konsert MeleTOP TVS pertama di Borneo

KONGSI

KUALA LUMPUR – Astro dengan kerjasama TVS bakal mencipta sejarah dengan penganjuran Konsert MeleTOP TVS, iaitu konsert MeleTOP pertama yang dianjurkan di luar Semenanjung Malaysia.

Berlangsung pada 17 Mei 2025 di Stadium Bandaraya Miri (Tertutup), konsert yang mengangkat tema warisan budaya Borneo ini menggunakan tagline “Nang Champiyen Nang Lagend” dan akan disiarkan secara langsung di TVS (saluran 122), Astro ONE dan platform sooka, bermula jam 9.00 malam.

Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, konsert ini bertujuan menyatukan artis dan masyarakat pelbagai etnik seluruh Malaysia serta meraikan kekayaan budaya tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN