Syed Saddiq jadi \’Superman\’ ceriakan hari jadi anak Bella

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang terkenal dengan gelaran ‘Clark Kent Malaysia’ kerana penampilannya yang menyerupai watak Superman, sekali lagi mencuri perhatian apabila hadir memakai kostum superhero itu pada majlis hari jadi anak-anak penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Pada majlis sambutan hari lahir Ayden Adrean Aliff yang ke-8 dan adiknya, Ara Adreanna Aliff yang berumur 5 tahun, Syed Saddiq tampil dengan kostum ‘Man of Steel’ yang menjadi simbol kekuatan watak Superman.

Penampilan beliau mencuri tumpuan dan mendapat tepukan serta pujian daripada keluarga Bella serta para tetamu yang hadir pada majlis bertemakan watak-watak animasi itu.

Bella Astillah turut memeriahkan majlis dengan berbusana seperti watak Moana daripada filem animasi Disney manakala Ayden memakai kostum Iron Man dan Ara memilih watak Lilo daripada filem animasi Lilo & Stitch.

Penampilan Syed Saddiq mendapat perhatian netizen yang memuji kreativiti dan keberaniannya. Ramai yang mengatakan beliau merupakan ‘salinan seiras’ atau alter ego watak Superman, Clark Kent, seperti yang sering digambarkan dalam kartun, filem dan komik.

Seorang netizen memberi komen, “Wow! YB Syed memang Clark Kent atau Superman versi Malaysia. Apabila dia bekerja, berpakaian sut lengkap dan berkaca mata, memang jelas seiras dengan Man of Steel.”

Majlis itu bukan sahaja menjadi acara meraikan ulang tahun kelahiran anak Bella, tetapi juga menyaksikan kehangatan suasana dengan kehadiran figura popular seperti Syed Saddiq yang berjaya menyerlahkan suasana ceria dan penuh warna-warni.

BACA JUGA:  Enam gunung berapi meletus selepas gempa mega gegar Timur Jauh Russia
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...