Kerajaan kaji semula akta pelantikan ketua hakim – Azalina

0
188

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini dalam proses meneliti semula dan menambah baik Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) susulan timbulnya kekeliruan awam berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan melibatkan Ahli Parlimen dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara, pakar perlembagaan, ahli akademik serta wakil Majlis Peguam untuk mengkaji struktur dan tafsiran akta tersebut secara menyeluruh.

“Kita akan teliti sama ada kekeliruan ini berpunca daripada kandungan akta atau daripada proses pelantikan itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Integriti dan Tadbir Urus 2025, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here