30 peratus calon PLKN gagal hadir siri latihan satu, dua – Menteri Pertahanan

KOTA TINGGI – Kira-kira 30 peratus calon Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) didapati gagal melaporkan diri untuk menyertai siri latihan satu dan dua yang telah dijalankan sebelum ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara alasan yang dikemukakan oleh calon yang tidak hadir termasuk masalah kesihatan dan tawaran menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.

“PLKN akan masuk siri ketiga. Ini semua adalah percubaan dan tahun depan yang sebenarnya. Bagi kedua-dua siri satu dan dua, lebih kurang 30 peratus gagal hadir, tetapi alasan mereka beri termasuk sakit dan diterima masuk universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Kembara Lestari @ Kota Tinggi bersama Yayasan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Dewan Terbuka Felda Lok Heng Barat, di sini hari ini.

Jelas Mohamed Khaled, biarpun terdapat ketidakhadiran, maklum balas daripada dua siri latihan yang telah dijalankan adalah positif, termasuk cadangan agar elemen ketenteraan dalam modul latihan dipertingkatkan.

“Sambutan yang diterima amat baik dan peserta mahu supaya pengisian latihan ketenteraan diperluas,” tambah beliau.

Projek HPUSIM Dijangka Jadi ‘Game Changer’ Kota Tinggi

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled turut memaklumkan bahawa projek pembinaan Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (HPUSIM) di Mukim Sedili dijangka menjadi pemangkin perubahan besar di Parlimen Kota Tinggi.

“Projek itu sedang dirangka dan diteliti. Kos pembinaan sedang dipertimbangkan sebelum pemilihan kontraktor dilakukan. Jadi dua tiga tahun lagi kita akan lihat proses awalan dilaksanakan,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa kelulusan peruntukan bukan bermaksud pembinaan akan terus bermula keesokan hari, sebaliknya memerlukan perancangan rapi.

“Fasa pertama projek melibatkan anggaran kos RM900 juta dan ia bakal membawa limpahan manfaat kepada seluruh kawasan terutama di Sedili. Ini benar-benar satu game changer untuk Kota Tinggi, insya-Allah,” ujar beliau.

BACA JUGA:  China nyata hasrat sertai perjanjian bebas nuklear ASEAN - Mohamad
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...