KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Danial Hafiz atau lebih dikenali sebagai Ceknen, tampil berkongsi kewujudan satu akaun palsu Instagram yang menggunakan gambarnya namun menggunakan nama ‘Ahmad Khairy Mateo’.
Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya hari ini, Ceknen menjelaskan bahawa beliau hanya mempunyai satu akaun media sosial dan tidak pernah mewujudkan mana-mana akaun kedua seperti yang didakwa oleh beberapa pengikutnya.
\”Wey, aku ada IG satu ni je tau. Tak ada lebih. Ada yang DM aku cakap, ada orang pakai gambar aku, lepas tu feed pun gambar aku, tapi nama dia Ahmad Khairi Mateo,\” katanya.
Tambah beliau, terdapat individu yang mendakwa telah ditipu oleh akaun palsu tersebut selepas menyangka ia adalah akaun kedua milik Ceknen.
\”Lepas tu ada yang DM aku cakap, \’Abang, ni second account abang ke?\’ Sebab ada kena scam. Nama aku Danial. Mana ada Ahmad Khairi Mateo?\” jelasnya lagi.
Ceknen menggesa orang ramai agar lebih berhati-hati dan sentiasa menyemak kesahihan sesebuah akaun sebelum berurusan atau mempercayai sebarang maklumat yang dikongsi, terutamanya melibatkan transaksi kewangan.
Beliau juga meminta orang awam untuk melaporkan akaun tersebut kepada pihak Instagram bagi mengelakkan lebih ramai mangsa tertipu.

