Rabu • 28 Januari 2026

1,691 mangsa lelaki terperdaya cinta palsu, ‘Sister Hong’ rakam, jual aksi intim

BEIJING – Seorang lelaki di China tergamak menyamar sebagai wanita untuk menjalinkan hubungan intim dengan lebih 1,600 lelaki sebelum merakam dan menjual video aksi tersebut secara rahsia di internet.

Menurut laporan National World, suspek dikenali dengan nama keluarga Jiao atau lebih popular dengan gelaran ‘Sister Hong’, 38, dipercayai memperdaya 1,691 mangsa sepanjang tempoh penipuan selama tiga tahun.

Difahamkan, Jiao menyamar sebagai seorang janda yang sedang mencari cinta dan menggunakan identiti palsu untuk mendekati mangsa-mangsanya.

Kegiatan liciknya terbongkar selepas pihak polis menyerbu rumah sewa suspek pada 5 Julai lalu dan menemui pelbagai barangan mencurigakan.

Antara barang dirampas termasuk rambut palsu, payudara silikon, enam telefon bimbit, video lucah serta sebuah buku nota yang mengandungi senarai nama semua mangsanya.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, suspek tidak pernah meminta bayaran tunai secara langsung. Sebaliknya, mangsa hanya diminta memberikan ‘hadiah’ seperti minyak masak, susu atau buah-buahan.

“Suspek menyusun jadual pertemuan dengan mangsa secara sistematik bagi mengelakkan pertembungan,” jelas polis.

Media tempatan turut melaporkan bahawa Jiao akan bangun seawal jam 5 pagi setiap hari untuk bersolek, memakai rambut palsu dan berpakaian seperti wanita demi menjayakan penyamarannya.

Kini, beberapa mangsa tampil menuntut keadilan selepas menyedari aksi intim mereka dirakam secara rahsia dan tersebar di media sosial.

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk menganalisis kandungan dalam telefon bimbit suspek yang mengandungi bukti penting berkaitan kes tersebut.

BACA JUGA:  Cuba lari selepas kantoi rakam wanita, lelaki dicekup dan diserahkan ke polis
spot_img

TRENDING

Pelajar UiTM bawa Malaysia jadi tumpuan produksi filem Asia Tenggara

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh peranannya...

Lori gerak sendiri rempuh lima kenderaan

KAJANG – Sebuah lori yang diparkirkan di bahu jalan...

Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik...

RPN 2026–2035: USIM sedia perumahan selesa atasi isu penempatan pelajar

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik...

Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu...