Khamis • 5 Februari 2026

Hafiz Suip menangis rindu anak, luah sedih lepas berpisah

KUALA LUMPUR – “Berjauhan dengan anak-anak, itu benda paling sedih.”

Itu luahan penuh emosi penyanyi terkenal, Hafiz Suip, yang tidak dapat menahan air mata ketika mengenang detik getir dalam kehidupannya selepas rumah tangga yang dibina selama lapan tahun berakhir.

Menerusi hantaran video terbaharu di Instagram, Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, berkongsi rasa hati dan keperitan yang ditanggung selepas perceraian, namun tetap bersyukur dan reda dengan ketentuan Ilahi.

“Saya bahagia dengan kehidupan begini dan cuba berdamai. Bila bersyukur, menerima dan reda, saya akan jumpa kebahagiaan. Tidak mahu terus mencari salah kerana itu hanya akan menyusahkan jiwa,” katanya dalam nada penuh tenang namun sebak.

Penyanyi lagu Ku Akui itu juga meluahkan rasa kecewa apabila dirinya sering disalah anggap oleh sesetengah pihak.

“Benda paling sedih apabila orang anggap kita jahat di mata mereka. Mulut orang kita tak boleh tutup, apa yang kita boleh buat hanyalah teruskan kehidupan. Kita tahu nawaitu kita. Lambat laun orang akan faham,” katanya lagi.

Namun begitu, Hafiz tetap menghargai keprihatinan individu yang mengambil berat dan menegurnya secara ikhlas walaupun berdepan pelbagai tohmahan.

“Kalau tiada siapa peduli langsung, itu lebih menyakitkan sebenarnya,” ujarnya.

Sebelum ini, Hafiz mengesahkan bahawa perkahwinannya bersama Nureffy tidak dapat diselamatkan menerusi satu temu bual eksklusif dalam program hiburan Melodi. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayna, 5.

Hafiz merupakan antara penyanyi lelaki terbaik di negara ini dan telah memenangi kategori Vokal Terbaik sebanyak empat kali dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), sekaligus memperkukuh reputasinya dalam industri seni suara tempatan.

BACA JUGA:  Dipaksa \'push-up\' 200 kali, 62 pelajar SBP di Teluk Intan jadi mangsa buli - Polis
spot_img

TRENDING

Buat duit senyap-senyap di KLCC, 14 jurugambar haram kantoi kena kompaun DBKL

KUALA LUMPUR - Jurugambar yang menjalankan aktiviti mengambil upah...

Pemain industri ‘pergi berubat’ demi jaga imej filem Malaysia, elak terjebak dadah – Yusof Haslam

KUALA LUMPUR - Penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam mengakui...

Tahniah Sherry, Nazim Othman

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara terkenal Sherry Alhadad,...

Amira Othman mohon privasi, enggan ulas dakwaan berbadan dua

KUALA LUMPUR - Bertubi-tubi berdepan dakwaan berbadan dua, penyanyi...

Restoran ‘recycle’ sisa makanan diarah tutup 14 hari

SEREMBAN - Sebuah restoran di negeri ini diarahkan tutup...