Sharul Aimy sasar kebangkitan cemerlang kejohanan dunia Jakarta

KUALA LUMPUR — Selepas berehat hampir tiga bulan akibat pembedahan kaki, gimnas artistik negara, Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam kini bertekad untuk kembali menggegar pentas antarabangsa menerusi Kejohanan Dunia di Jakarta, Indonesia pada Oktober ini.

Meskipun belum pulih sepenuhnya, atlet berusia 23 tahun itu menunjukkan semangat luar biasa dan yakin berada pada laluan terbaik untuk kembali bersaing pada tahap tertinggi.

“Kalau nak kata cergas, mungkin baru 60 ke 70 peratus. Tapi saya dalam proses pemulihan dan latihan ringan. Kejohanan Dunia semakin hampir, jadi saya harap sempat pulih sepenuhnya dan kaki dapat berfungsi seperti biasa,” katanya.

Sharul Aimy mengalami kecederaan ketika menyertai Piala Dunia di Mesir, April lalu, satu tamparan hebat buat atlet muda itu yang sebelum ini cemerlang meraih pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou 2022.

Namun, semangat juangnya tidak pernah luntur. Beliau kini menggunakan masa yang ada untuk mengembalikan kecergasan dan memperkemas rutin persembahan demi menghadapi kejohanan-kejohanan besar akan datang.

“Fokus saya bukan sekadar Kejohanan Dunia. Ia menjadi medan persiapan ke arah Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Di Hangzhou saya menang gangsa, jadi harapan kali ini nak ubah warna pingat, sama ada perak atau emas,” katanya lagi.

Sharul Aimy turut meraih gangsa di Kejohanan Gimnastik Asia 2024, namun menyedari cabaran yang bakal ditempuh bukan mudah memandangkan dominasi negara-negara kuat seperti China, Korea Selatan dan Jepun.

“Ia bukan sesuatu yang mudah kerana negara Asia memang kuat dalam sukan gimnastik. Jadi matlamat saya tahun ini adalah untuk pulih sepenuhnya, dan memperbaiki lagi skil saya,” jelasnya penuh semangat.

BACA JUGA:  Azeem cipta sejarah, layak 'final' 100m
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...