KPT umum baucar buku Madani RM100 untuk pelajar IPT bermula esok hingga 12 Disember

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melaksanakan Inisiatif Baucar Buku Madani RM100 bermula esok hingga 12 Disember ini, yang dijangka memberi manfaat kepada 500,000 pelajar di universiti awam, politeknik, kolej komuniti serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Dalam kenyataan hari ini, KPT berkata inisiatif itu mencerminkan komitmen Kerajaan Madani dalam memenuhi keperluan pembelajaran pelajar sekali gus meringankan beban kewangan mereka.

“Selain membantu pelajar, langkah ini juga bertujuan memupuk tabiat membaca dalam kalangan belia, khususnya mahasiswa, serta merancakkan pertumbuhan industri buku negara,” menurut kenyataan itu.

KPT turut berharap semua pelajar yang layak dapat memanfaatkan sepenuhnya baucar buku tersebut bagi memperluas pengetahuan serta meningkatkan keupayaan diri, selaras dengan fokus kementerian untuk melahirkan bakat terbaik negara.

Melalui portal MySiswaPlace di pautan https://mysiswaplace.my, pelajar boleh membeli buku akademik, bahan rujukan serta karya ilmiah daripada lebih 250 rakan strategik dengan pilihan lebih sejuta judul, termasuk buku bercetak dan e-buku.

Portal itu turut berfungsi sebagai pusat sehenti bagi semakan kelayakan, penjanaan serta penebusan baucar.

Kementerian turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kelulusan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan baucar buku RM100 bagi pelajar pengajian tinggi di Malaysia.

BACA JUGA:  Aaron-Wooi Yik bertekad tewaskan beregu Jepun dalam pertemuan akan datang
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...