Dipaksa \’push-up\’ 200 kali, 62 pelajar SBP di Teluk Intan jadi mangsa buli – Polis

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd. Jali ketika ditemui pemberita pada Ahad. (Foto Zulfachri)


TELUK INTAN – Polis telah menerima tujuh laporan berhubung kes buli yang melibatkan kira-kira 62 pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di sini, minggu lalu.
 
Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd. Jali berkata, kejadian itu berlaku pada 8 Mac lalu sekitar pukul 10 malam, apabila pelajar tingkatan dua dan tiga dipanggil oleh pelajar senior dan dipaksa melakukan tekan tubi sehingga 200 kali.
 
“Tindakan tersebut menyebabkan pelajar berusia 14 dan 15 tahun mengalami kecederaan, termasuk bengkak tangan dan sakit otot,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk, pada Ahad.
 
Beliau berkata, kejadian itu dipercayai dilakukan oleh dua pelajar senior tingkatan empat dan lima. Kes tersebut terbongkar selepas seorang daripada mangsa tampil membuat laporan polis pada 12 Mac lalu.
 
Menurut Mohammad Ali, pihaknya akan merakam keterangan dua pelajar senior berkenaan setelah memperoleh perintah untuk menyiasat (OTI) daripada timbalan pendakwa raya (TPR).
 
“Kita akan panggil dua pelajar tersebut setelah mendapat kebenaran OTI daripada TPR. Kes ini bukanlah pergaduhan tetapi lebih kepada tindakan pelajar senior yang cuba mendisiplinkan junior dengan cara yang tidak betul,” jelasnya.
 
Media sebelum ini melaporkan bahawa sekumpulan pelajar mendakwa menjadi mangsa buli apabila dipaksa melakukan tekan tubi sebanyak 200 kali ketika berkumpul di surau sekolah tersebut.
 
Kes ini sedang disiasat dan pihak berkuasa menasihatkan semua pihak untuk tidak mengambil tindakan sendiri dalam menangani isu disiplin pelajar.
BACA JUGA:  Pentas \'final\' Big Stage Alpha makin panas, 7 peserta mara tanpa penyingkiran
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...