Rabu • 28 Januari 2026

PLUS tutup laluan \’smart lane\’ Kulai–Sedenak arah utara mulai esok

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara laluan Smart Lane dari Kulai ke Sedenak di Kilometer (KM) 26.7 hingga KM 33.7 arah utara bermula esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahan lorong di lokasi terbabit.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PLUS, penutupan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat itu dalam meningkatkan kecekapan dan keselamatan lebuh raya untuk jangka masa panjang.

“Sepanjang tempoh kerja-kerja ini, dua lorong utama sedia ada akan dibuka seperti biasa bagi mengekalkan aliran trafik dan meminimumkan gangguan kepada pengguna lebuh raya,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, laluan Smart Lane dari Senai ke Kulai di KM 19.0 hingga KM 26.7 arah utara akan terus beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya agar merancang perjalanan lebih awal menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini serta elakkan kawasan yang terjejas.

“Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda keselamatan dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja pembinaan,” tambah kenyataan itu lagi.

Bagi sebarang pertanyaan atau bantuan kecemasan, pengguna boleh mendapatkan maklumat menerusi Pembantu Maya PLUS (PUTRI), laman sosial X @plustrafik, papan tanda elektronik di lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000.

PLUS turut merakamkan penghargaan kepada semua pengguna lebuh raya atas kesabaran dan kerjasama sepanjang pelaksanaan kerja tersebut demi keselamatan dan keselesaan bersama.

BACA JUGA:  Setiausaha syarikat didakwa buat pernyataan palsu kepada pendaftar syarikat
spot_img

TRENDING

Pelajar UiTM bawa Malaysia jadi tumpuan produksi filem Asia Tenggara

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh peranannya...

Lori gerak sendiri rempuh lima kenderaan

KAJANG – Sebuah lori yang diparkirkan di bahu jalan...

Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik...

RPN 2026–2035: USIM sedia perumahan selesa atasi isu penempatan pelajar

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik...

Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu...