“Sepanjang tempoh kerja-kerja ini, dua lorong utama sedia ada akan dibuka seperti biasa bagi mengekalkan aliran trafik dan meminimumkan gangguan kepada pengguna lebuh raya,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, laluan Smart Lane dari Senai ke Kulai di KM 19.0 hingga KM 26.7 arah utara akan terus beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
PLUS turut menasihatkan pengguna lebuh raya agar merancang perjalanan lebih awal menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini serta elakkan kawasan yang terjejas.
“Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda keselamatan dan arahan yang dikeluarkan oleh petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja pembinaan,” tambah kenyataan itu lagi.
Bagi sebarang pertanyaan atau bantuan kecemasan, pengguna boleh mendapatkan maklumat menerusi Pembantu Maya PLUS (PUTRI), laman sosial X @plustrafik, papan tanda elektronik di lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000.
PLUS turut merakamkan penghargaan kepada semua pengguna lebuh raya atas kesabaran dan kerjasama sepanjang pelaksanaan kerja tersebut demi keselamatan dan keselesaan bersama. – MYBERITA








