Remaja, pelajar IPTS ditahan sertai ‘private party’ disyaki libat aktiviti dadah

SUBANG JAYA – Tindakan sekumpulan remaja termasuk pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyertai sebuah ‘private party’ di sebuah banglo berakhir dengan serbuan polis yang turut membawa kepada penahanan beberapa individu termasuk pengedar dadah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya kira-kira pukul 12.30 tengah malam di sebuah kediaman mewah di kawasan perumahan sekitar Subang Jaya.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 38 individu berada dalam parti itu, terdiri daripada 25 warga tempatan dan 13 warga asing.

“Majoriti mereka berusia antara 18 hingga 27 tahun dan kebanyakannya merupakan pelajar IPTS,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Tambah beliau, dalam operasi tersebut, pihak polis turut menahan empat lelaki tempatan berusia antara 21 hingga 25 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 6.5 gram ganja dan 1.7 gram ketamin,” ujarnya.

Menurut Wan Azlan, kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke IPD Subang Jaya untuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Hasil ujian mendapati 12 individu – sembilan warga tempatan dan tiga warga asing – didapati positif dadah.

“Kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah, termasuk parti persendirian yang mencurigakan, demi membanteras gejala itu secara berterusan.

BACA JUGA:  Qawiy tamatkan zaman bujang, nikah di London
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...