Gempa bumi kuat gegarkan timur Rusia, amaran tsunami dikeluarkan

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat menggegarkan kawasan luar pesisir timur Rusia semalam sehingga mencetuskan amaran tsunami, menurut laporan Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) yang dipetik portal Arab News.

Kejadian tersebut berlaku bertepatan dengan tarikh sama dua insiden gempa bumi dahsyat sebelum ini, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan.

Menurut USGS, gempa pertama direkodkan dengan magnitud 5.0 diikuti satu lagi gempa susulan bermagnitud 6.7. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mencetuskan sebarang amaran tsunami.

Namun, gempa bumi ketiga yang lebih kuat berlaku pada pukul 8.48 malam waktu tempatan dengan kekuatan magnitud 7.4. Gegaran itu cukup kuat untuk mendorong USGS mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya gelombang tsunami yang berbahaya.

Amaran tsunami itu melibatkan kawasan pantai dalam radius 300 kilometer dari pusat gempa yang terletak di Lautan Pasifik, berhampiran bandar Petropavlovsk-Kamchatsky di wilayah Kamchatka, Rusia.

Setakat ini, belum ada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan akibat gegaran tersebut, namun pihak berkuasa tempatan dilaporkan sedang menjalankan pemantauan rapi serta langkah berjaga-jaga di kawasan terlibat.

Orang ramai yang berada dalam kawasan terjejas dinasihatkan agar mengikuti arahan pihak berkuasa dan berpindah ke kawasan tinggi sekiranya diperlukan.

BACA JUGA:  Bas ekspres bawa 10 penumpang terbalik di Skudai
Deepa
Deepa
deepa@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...