Bekas Menteri Pengangkutan Russia ditemui mati selepas dipecat

MOSCOW – Menteri Pengangkutan Russia, Roman Starovoit ditemui mati dengan kesan tembakan beberapa jam selepas beliau dipecat oleh Presiden Vladimir Putin, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pemecatan Starovoit diumumkan menerusi satu dekri presiden pada pagi hari yang sama, namun tiada sebab rasmi dinyatakan berhubung penamatan tugasnya meskipun beliau baru memegang jawatan itu selama hampir setahun.

Menurut laporan media tempatan dan sumber dalam industri pengangkutan, kematian Starovoit, 53, menimbulkan pelbagai spekulasi susulan kaitan namanya dengan siasatan skandal rasuah membabitkan dana pembinaan pertahanan sempadan Russia-Ukraine ketika beliau menjawat jawatan Gabenor Wilayah Kursk.

Sumber penguatkuasa undang-undang memaklumkan bahawa pistol milik Starovoit ditemui dalam kenderaan Tesla miliknya bersama mayatnya. Namun, laporan media lain menyatakan mayatnya ditemukan di kawasan semak berhampiran.

Jawatankuasa Penyiasatan Russia kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan punca kematian beliau.

Untuk rekod, sebelum dilantik sebagai Menteri Pengangkutan pada Mei 2024, Starovoit telah berkhidmat sebagai Gabenor Wilayah Kursk selama hampir lima tahun.

BACA JUGA:  Azeem Fahmi hampir pecah rekod, MA yakin potensinya sebagai ikon olahraga negara
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...