Anak Krakatau meletus, lapan penerbangan Batik Air Malaysia-Jakarta dibatalkan

0
100

KUALA LUMPUR – Batik Air membatalkan lapan penerbangan berjadual antara Malaysia dan Jakarta, Indonesia hari ini susulan aktiviti letusan Gunung Anak Krakatau yang berterusan di Selat Sunda.

Batik Air dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga demi menjamin keselamatan penumpang serta kru penerbangan.

Menurut syarikat penerbangan berkenaan, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (CGK), Jakarta ketika ini terjejas berdasarkan NOTAM terkini yang dikeluarkan AirNav Indonesia.