Rabu • 28 Januari 2026

CAFA bukan keutamaan Harimau Malaya – Dion Cools

KUALA LUMPUR – Pertahanan skuad Harimau Malaya, Dion Cools percaya keputusan menarik diri daripada saingan Piala CAFA 2025 bukan satu tindakan terburu-buru, sebaliknya berkemungkinan sebahagian daripada perancangan strategik jangka panjang pasukan kebangsaan.

Pemain kelab Jepun, Cerezo Osaka itu menjelaskan bahawa beliau enggan campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh pengurusan pasukan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun tetap menaruh kepercayaan penuh terhadap hala tuju yang dirancang.

“Saya anggap ia berita yang kurang baik (tarik diri dari Piala CAFA 2025), tetapi pada masa sama pengurusan sudah melakukan yang terbaik. Kami ada tugasan untuk kelayakan Piala Asia, dan saya fikir ia perkara paling penting buat kami,” katanya.

Tambahnya, aksi antarabangsa pada jendela FIFA bulan September nanti perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai medan pemanas badan menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2027 yang berlangsung Oktober dan November ini.

“Saya fikir September adalah medan terbaik untuk kami melakukan persediaan untuk Oktober (menentang Laos), kerana kami mahu mara ke Arab Saudi bagi pusingan akhir.

“Saya percaya pengurusan akan buat keputusan yang betul dan kita perlu percaya mereka akan buat keputusan tepat. Saya tidak mahu panik mengenai perkara itu, hanya kekal bersama pasukan,” ujarnya.

Terdahulu, MYBERITA melaporkan bahawa Harimau Malaya membuat keputusan menarik diri daripada Piala CAFA 2025 atas faktor logistik dan pertindihan tarikh perlawanan dengan kalendar FIFA.

Keputusan itu menyebabkan tempoh aksi antarabangsa dari 1 hingga 9 September kekal kosong, sekali gus mendorong FAM untuk segera merangka perlawanan persahabatan berstatus antarabangsa bagi memastikan skuad negara kekal kompetitif.

BACA JUGA:  Isteri Faisal Halim fail cerai lepas enam tahun kahwin
spot_img

TRENDING

Pelajar UiTM bawa Malaysia jadi tumpuan produksi filem Asia Tenggara

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh peranannya...

Lori gerak sendiri rempuh lima kenderaan

KAJANG – Sebuah lori yang diparkirkan di bahu jalan...

Permohonan UPUOnline sesi 2026/2027 dibuka 29 Januari

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik...

RPN 2026–2035: USIM sedia perumahan selesa atasi isu penempatan pelajar

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik...

Tiket ETS untuk cuti Tahun Baru Cina hampir ‘sold out’

KUALA LUMPUR - Tiket bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu...