\”Dalam keadaan sekarang, mencapai kutipan RM1 juta adalah sesuatu yang menunjukkan kebangkitan. Ini langkah yang sangat positif,\” katanya
\”Kita ambil risiko tayang pada bulan Julai, dan Alhamdulillah, kutipan awal sangat memberangsangkan. Yang penting, filem ini berjaya menarik penonton ke pawagam. Saya dah cukup bersyukur,\” tambahnya.
Ahmad Idham turut menjelaskan bahawa beliau tidak menetapkan sasaran kutipan khusus untuk filem ini. Namun, baginya, lebih penting ialah impak dan semangat yang dibawa kepada industri filem negara.
\”Saya buat sesuatu yang orang lain tak buat. Ini tentang ambil risiko dengan perancangan yang rapi dari aspek pengurusan bajet hingga ke strategi tayangan.
\”Saya harap ia beri semangat kepada rakan-rakan seangkatan yang mungkin sudah lama menyepi, bahawa \’comeback\’ dalam industri ini bukanlah sesuatu yang mustahil,\” katanya.
Impak Maksima 2 merupakan kesinambungan kepada filem asal yang diterbitkan 18 tahun lalu, yang mencatat kutipan ‘box office’ sebanyak RM2 juta pada tahun 2007.
Filem kali ini menampilkan gandingan Nelissa Nizam, Aydeel Idham, Arfie Shah serta pelakon berpengalaman seperti Zul Huzaimy, Datuk Seri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Fad Bocey dan ramai lagi. – MYBERITA








