Selasa | 13/10/2026 | 12:44:36 pm
HomeEkonomiHarga petrol RON95 turun enam sen bukan keputusan mudah - PM

Harga petrol RON95 turun enam sen bukan keputusan mudah – PM

JITRA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha menurunkan harga minyak RON95 walaupun hanya enam sen bukanlah satu perkara mudah kerana ia melibatkan pertimbangan kewangan negara yang kompleks.

Menurut beliau, kerajaan mengambil masa beberapa hari untuk mengumumkan penurunan harga kepada RM1.99 seliter selepas membuat penilaian menyeluruh terhadap kesannya kepada ekonomi negara.

“Kita turunkan harga minyak kepada RM1.99, ya memang negara seperti Thailand, Singapura sudah turun terlebih dahulu, tetapi harga kita masih lebih rendah. Ini adalah untuk rakyat Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Sambutan Peringatan Hari Antidadah Tahun 2025 anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Dataran Darulaman di sini, hari ini.

Ezza
Ezza
Sebahagian daripada pasukan editorial MYBERITA yang mengendalikan penulisan, penyuntingan dan penerbitan kandungan berita digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 13 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|