Kanak-kanak hilang ditemui maut di Jempol

SEREMBAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak 24 Julai lalu di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor, ditemukan maut dalam keadaan ditanam di kawasan Rompin, Jempol hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata penemuan mengejut itu adalah hasil siasatan dan penahanan seorang suspek lelaki berusia 36 tahun, yang juga merupakan bapa kepada mangsa.

\”Polis Jempol menerima maklumat berkaitan penemuan mayat kanak-kanak di kawasan Rompin kira-kira jam 4.30 petang.

\”Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Johor Bahru, melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah pada 24 Julai lalu,\” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak polis Johor telah menahan suspek yang kemudian membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak tersebut.

\”Susulan penahanan suspek pada jam 4 petang, mayat mangsa berjaya ditemukan dalam keadaan tertanam di kawasan Rompin dan dipercayai telah dibunuh.

\”Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan,\” ujarnya

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai M Tishant, 6, di kawasan perumahan Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, memaklumkan laporan kehilangan diterima daripada bapa mangsa kira-kira jam 2.15 pagi pada hari kejadian.

BACA JUGA:  Guru maut nahas bertembung lori
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...