Thailand dakwa Kemboja langgar perjanjian gencatan senjata

KONGSI

– Tentera Thailand hari ini menuduh Kemboja melanggar gencatan senjata beberapa jam selepas perjanjian damai antara kedua-dua negara mula berkuat kuasa, dengan mendakwa pertempuran bersenjata masih berterusan di kawasan sempadan.

Gencatan senjata tanpa syarat itu dipersetujui susulan rundingan damai yang berlangsung di Malaysia pada Isnin, dan dijadual bermula tepat tengah malam Selasa, bagi menghentikan konflik yang tercetus di sekitar kuil purba di kawasan yang menjadi pertikaian sepanjang sempadan 800 kilometer antara kedua-dua negara.

Namun, menurut jurucakap tentera Thailand, Kolonel Winthai Suwaree, tentera Kemboja didakwa melancarkan serangan bersenjata ke beberapa kawasan dalam wilayah Thailand sejurus selepas perjanjian mula dilaksanakan.

ARTIKEL BERKAITAN