Aina Abdul luah rasa sebak, tuntut keadilan buat arwah Zara Qairina

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor tanah air, Aina Abdul, meluahkan rasa marah dan sedih terhadap kes tragis membabitkan kematian seorang kanak-kanak perempuan, Zara Qairina, yang kini menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Dalam satu hantaran di platform media sosial miliknya, Aina berkongsi perasaannya yang amat tersentuh dan kecewa dengan tahap kekejaman yang didakwa berlaku terhadap arwah Zara, yang dipercayai menjadi mangsa penderaan.

“Saya tidak ingat bila kali terakhir Aina begitu tersentuh dengan satu kes seperti ini. Sakit hati. Geram. Tak terjangkau akal fikiran tahap kekejaman yang arwah adik Zara kena tanggung. Kalau itu adik saya, Ya Allah…,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Beliau turut menggesa agar pihak berkuasa mengendalikan siasatan kes ini dengan penuh ketelusan dan keadilan.

“Kepada pihak tertentu yang mengendalikan kes ini, kendalilah dengan tulus dan adil. Kita semua rakyat Malaysia, inginkan keadilan untuk arwah adik Zara dan juga kepada ibu serta seluruh keluarganya,” tambahnya.

Penyanyi terkenal itu turut berdoa agar keadilan ditegakkan serta kebenaran terbongkar demi arwah kanak-kanak malang itu.

“Ya Allah, Engkau Yang Maha Adil, tunjukkanlah kebenaran sebenar, bukakan dan luaskan jalan keadilan untuk Zara Qairina. Semoga roh Zara Qairina ditempatkan di sisi-Mu bersama para solihin. Amin,” katanya.

Tanda pagar #JusticeForZara kini tular sebagai simbol perjuangan rakyat Malaysia menentang penderaan kanak-kanak dan menuntut sistem keadilan yang telus dan berperikemanusiaan.

BACA JUGA:  Lelaki tular buat aksi tak senonoh di KLIA2
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...