Hiroshima kenang 80 tahun tragedi pengeboman atom

KONGSI

HIROSHIMA – Jepun hari ini mengadakan upacara memperingati ulang tahun ke-80 tragedi pengeboman atom di Hiroshima oleh Amerika Syarikat, yang menamatkan Perang Dunia Kedua namun meragut lebih 200,000 nyawa dan meninggalkan kesan mendalam hingga ke hari ini.

Upacara yang berlangsung pada pagi Rabu itu dimulakan dengan doa hening, disertai oleh Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, Datuk Bandar Hiroshima, Kazumi Matsui, serta wakil-wakil antarabangsa dari seluruh dunia.

Dalam ucapannya, Kazumi Matsui memberi amaran tentang trend global yang semakin membimbangkan ke arah pembinaan ketenteraan dan tanggapan bahawa senjata nuklear masih penting dalam pertahanan negara.

ARTIKEL BERKAITAN